TERKINI

Thursday, October 16, 2008

Peraturan Umum DPM Untuk Ahli DPM

*Peraturan Umum DPM Untuk Ahli DPM termaktub di dalam Buku Undang-Undang Tubuh Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi yang telah digubal mengikut pindaan 2008

  • Sebarang masalah di DPM hendaklah dirujuk kepada pihak AJKT masing-masing
  • Para mahasiswa tidak digalakkan tinggal satu negeri atau satu institusi pengajian terakhir dalam sebuah tempat penginapan
  • Pertemuan yang melibatkan siswa dan siswi tidak dibenarkan sama sekali KECUALI atas urusan rasmi (persatuan) atau perkara penting dan dimaklumkan terlebih dahulu kepada Pengerusi DPM
  • Siswa dan siswi DIKEHENDAKI memakai pakaian yang sempurna dan sopan
  • Siswa dan siswi hendaklah mematuhi setiap arahan dan nasihat daripada Pengerusi DPM masing-masing dalam menyelesaikan setiap permasalahan
  • Pihak DPM digalakkan menyediakan buku pendaftaran keluar masuk muhafazah dan buku pelawat DPM
  • Siswa tidak dibenarkan tinggal di kawasan penempatan siswi di DPM siswi KECUALI ahli bersekutu DPM tersebut

Syarat-Syarat Umum Kepada Pelawat DPM

*Syarat-Syarat Umum Kepada Pelawat DPM ini termaktub di dalam Buku Undang-Undang Tubuh Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi yang telah digubal mengikut pindaan 2008

Urusan Pelawat ke DPM
Segala urusan yang membabitkan pelawat-pelawat ke DPM diuruskan mengikut budi bicara AJKT DPM dengan dimaklumkan terlebih dahulu kepada PMRAM
Dewan/Markaz
  • Urusan rasmi BKAN yang melibatkan penggunaan dewan/markaz hendaklah melalui surat rasmi kepada Pengerusi DPM dan memaklumkan kepada Ketua Lajnah Muhafazah dan Setiausaha Agung DPM
  • Sebarang urusan tidak rasmi tidak dibenarkan menggunakan dewan/markaz DPM kecuali mendapat keizinan Pengerusi DPM
  • Setiap program pelawat di DPM mesti dihadiri oleh Pengerusi DPM atau wakilnya dikalangan AJKT
  • Rombongan pelawat VIP dalam urusan rasmi mesti diiring oleh Badan Pengurus PMRAM atau HEWI PMRAM kecuali pada keadaan tertentu memerlukan wakil PMRAM

Hubungan DPM Dengan BKAN Dan Sesama DPM

* Hubungan DPM dengan BKAN dan sesama DPM ini termaktub di dalam Buku Undang-Undang Tubuh Dewan Perwakilan Mahasiswa/Wi yang telah digubal mengikut pindaan 2008

  • DPM adalah satu Unit di bawah Lajnah Muhafazah PMRAM. Oleh itu, setiap hubungan DPM dengan BKAN mestilah melalui Ketua Lajnah Muhafazah PMRAM
  • Setiap pertembungan program BKAN dan DPM, maka ahli DPM hendaklah mengikut program DPM, kecuali dengan keizinan PMRAM
  • BKAN tidak dibenarkan membuat sebarang program di DPM kecuali dengan kebenaran PMRAM dan DPM
  • Setiap perjumpan BKAN dengan anak negeri yang menggunakan dewan DPM, pihak BKAN mesti memaklumkan kepada Pengerusi DPM dan Ketua Lajnah Muhafazah PMRAM tiga hari (3) sebelum program tersebut dilaksanakan.
  • Mana-mana DPM yang ingin menggunakan dewan, markaz atau peralatan DPM yang lain mesti memaklumkan kepada Pengerusi DPM tersebut 3 hari sebelum menggunakannya
  • Barang-barang jualan kepunyaan individu, persatuan atau apa jua yang hendak diniagakan di DPM mesti mendapat kelulusan daripada Pengerusi DPM

Peraturan Umum Program

* Peraturan Umum Program ini termaktub di dalam Buku Undang-Undang Tubuh Dewan Perwakilan Mahasiswa/Wi yang telah digubal mengikut pindaan 2008


  • Setiap program DPM hendaklah dimaklumkan kepada pihak PMRAM terlebih dahulu
  • Setiap program Mega mestilah dirasmikan oleh Presiden PMRAM atau Ketua Lajnah Muhafazah PMRAM atau mana-mana Badan Pengurus
  • Setiap program yang melibatkan selain daripada ahli DPM hendaklah mendapat persetujuan daripada PMRAM
  • Majlis yang melibatkan siswi tidak digalakkan pada waktu malam
  • Setiap program yang bersangkutan dengan pihak keselamatan Mesir mesti dirujuk diluluskan oleh pihak PMRAM
  • Setiap program individu tertentu di DPM mesti mendapat kebenaran daripada Pengerusi
  • Pihak PMRAM berhak membatalkan mana-mana program atau aktiviti DPM jika difikirkan perlu melalui keputusan mesyuarat Badan Pengurus PMRAM
  • Pertembungan Program Mega PMRAM dengan program DPM dengan sendirinya membatalkan program DPM
  • Organisasi lain tidak dibenarkan membuat sebarang program di DPM kecuali persetujuan PMRAM

Pekeliling Keselamatan DPMZ

  • Berdasarkan arahan pihak keamanan Syarqiyah, ahli DPMZ dikehendaki memastikan kad pengenalan diri (kad kuliah, salinan pasport dan kad PMRAM) dibawa bersama apabila hendak keluar daripada rumah
  • Ahli DPMZ dilarang sama sekali untuk menjalinkan sebarang hubungan dengan mana-mana persatuan dan pertubuhan yang dianggap boleh mengancam keselamatan Mesir
  • Ahli DPMZ tidak digalakkan berbual dengan penduduk tempatan mengenai perkara yang berkaitan dengan hal ehwal politik terutamanya politik Mesir
  • Ahli DPMZ tidak dibenarkan mengikuti sebarang program rehlah atau jaulah yang dianjurkan oleh persatuan atau pertubuhan selain dari PMRAM, BKAN, DPM & PERUBATAN
  • Ahli DPMZ tidak dibenarkan mengikuti sebarang aktiviti dan program yang dianjurkan oleh persatuan atau pertubuhan yang tidak diiktiraf oleh PMRAM
  • Jika terdapat sebarang masalah di DPMZ, bolehlah merujuk masalah tersebut kepada Pengerusi DPMZ atau mana-mana AJKT DPMZ
  • Pelajar akhawat tidak dibenarkan membawa masuk pelajar lelaki ke rumah mereka kerana ia berkaitan dengan qarar Amni Daulah (Pihak Keselamatan Mesir)